Sabtu, 18 Jun 2011

The first 16th June.

One small extra sweet cupcake,
One small pink candle,lighted.
One bloody red dark room,

and me and you.

plus a hope, in my heart
that these will help to replace all the bitterness you'd tasted for this whole one year.

when you and me together.

Jumaat, 3 Jun 2011

Paranoid

Aku bercadang untuk matikan blog ini,
aku paranoid dengan live traffic feed.

Susah-susah.

Aku selalu rasa ada stalker yang tak henti henti mengintip blog aku.

Rasanya aku patut jumpa therapist.

Sabtu, 7 Mei 2011

Pilihan Dia.

Seingat aku,
tak pernah sekali pun aku melarang kalian berteman.
tak pernah sekalipun aku bilang jangan berkawan.
Setakat yang aku ingat,
aku cuma pernah bilang,
"tak mengapa, awak kenal dia dulu kan"
Tengok, mana aku pernah melarang.
Tapi yelah, seingat aku.
Maklumlah aku cepat lupa.
Lagi-lagi tentang hal-hal tak penting seumpamanya tentang urusan  engkau dan dia.
Aku memang senang lupa.

Cuma ada satu hal yang ini,
hal ini yang memang aku ingat dengan sebetul-betulnya ingat.
Aku pernah beritahu dia :-

"kalau awak ada dia, awak tak boleh ada saya,
kalau awak ada saya, awak tak boleh ada dia"

Tengok, memang aku tak pernah melarang,
Aku cuma letak syarat.
Cuma itu syaratnya,
seterusnya, pilihan dia.
dan untuk saat hingga ke hari ini,
dia pilih untuk ada aku, dah hilang engkau.
mungkin satu hari nanti dia akan kembali pada engkau semula.
Semuanya pilihan dia, ketentuan dia.
Aku bahagia bila dia, aku punya semata,
tapi kalau suatu hari nanti dia berputus untuk kembali pada engkau dan hilangkan aku,
sungguh, aku akan jadi seredha-redha manusia.
Kerana aku cintakan dia lebih dari apa adanya.






p/s : aku minta maaf, aku terjatuh cinta dengan kawan baik engkau. sungguh, aku minta maaf.

Jumaat, 6 Mei 2011

keputusan terbesar.

Interviewer aku tanya :-

" What is the biggest decision you had made recently?"

Perkara pertama yang terlintas di kepala aku :-

" Sepuluh bulan yang lepas, bilamana aku ranapkan hati yang satu ini semata demi merebut hati yang satu lagi."





Tapi,

Dah tentu tentu bukan jawapan itu yang terkeluar dari mulut aku.

Khamis, 7 April 2011

kau memang gigih gila babi.

serius kau memang gigih gila google nama aku semata nak baca blog aku.
aku suggest kau follow je aku terang-terang.
senang.


sudah-sudahlah.

Isnin, 28 Mac 2011

Si kerdil dan Si naga merah jingga.

Dia duduk diam-diam di hujung meja sebelah utara, aku duduk menghadap dia di sebelah selatan. Kata dia, ada hal yang dia mahu bicara. Aku tunggu, tunggu apa yang dia mahu kata. Lima minit, senyap. Sepuluh minit, senyap lagi. Lima belas minit, akhirnya dia buka mulut, bersuara.

Aku mahu itu. Yang itu. Diunjukkan jari telunjuk tepat ke dada aku. Ada satu cincin stainless steel dijari manisnya. Cantik.

Ini? Aku tuding jari ke dada sebelah kanan.

Ya, Yang itu. Dia angguk-anggukan.

Sudah tak ada. Aku bilang. Sudah disimpan sang naga merah jingga.

Dia buat muka tak percaya. Aku sudah dapat mengagak.

Aku ambil kerambit sebelah kiri meja. Sudah aku letak kerambit disitu awal-awal. Sudah dapat diagak dia tak akan percaya yang hati aku sudah tak ada. Sudah disimpan naga.

Aku toreh dada perlahan-lahan. Darah menjejes. Aku buka dada luas-luas. Pedih, tak mengapa, aku mahu kasi dia lihat. Aku mahu dia percaya. Lihat ini, aku bilang. Sudah tak ada. Kosong. Kamu boleh lihat? Hati aku sudah disimpan naga merah jingga. Sumpah.

Dia terkejut. Biar aku tolong, kata dia. Tolong?, aku kata.

Dia bangun, ditekan-tekan jam serupa jam ultraman di tangan kirinya. beep beep, aku dengar jam itu berbunyi. Habis saja bunyi, keluar kepul-kepul asap putih. Mata aku pedih. aku kibas tangan cepat-cepat. Mahu hilangkan asap. Hilang saja kepul-kepul asap aku lihat dia sudah bertukar rupa. Sudah jadi cuma sebesar 10 sentimeter. Dia panjat meja, kemudian berpaut pada butang kemeja aku yang sudah berlumur dengan darah pekat. Habis satu baju aku memerah. Sampai ke belahan dada yang sudah terbuka, dia masuk. Dan kemudian hilang.

Sebelum itu dia tinggalkan satu nota kecil atas meja.

Dia tulis,

Tak mengapa kalau kau sudah tak punya hati.
Biar saja aku menetap di dada yang kosong ini.
Tak mengapa,
Aku jaga kau dari dalam. Diam- diam.

Lalu aku ambil jarum, aku jahit koyakan dada perlahan-lahan.
Aku biar dia terkurung didalam.

Dan hari-hari aku yang seterusnyanya sudah lagi tak sama,
Dalam aku sudah tak punya hati,
tapi ada si kerdil didalamnya yang buat aku terisi. Penuh.
Jadi sang naga,
simpanlah hati itu selama-lama.

Selasa, 15 Mac 2011

lari.

dia kata, bawa aku lari.
sampai hujung pelangi.
aku mahu cuma berdua.
aku mahu cuma kita.

aku kata,boleh.
boleh bawa lari.
aku ada pedati yang boleh bawa kita ke pelangi.

tapi, dengan syarat, kata aku.
pedati aku kecil, cuma muat kalau berdua.