Selasa, 30 November 2010

break-up

"Pergilah, saya tak mahu awak terseksa"
"Pergilah, saya tak cukup sempurna"
"Pergilah, saya mahu awak bahagia"

Sungguh, aku punya kepantangan maha tinggi dengan ayat-ayat break up yang pada aku sebenarnya datang dari golongan-golongan pengecut yang tak mahu mengakukan salah sendiri. Aku terkadang terfikir sendiri, dimana perlunya diputarbelitkan alasan kononnya apa yang kalian buat sebenarnya untuk kebaikan si dia.

Dia lagi terseksa kau tak ada
Kalau kau tak sempurna, dia tak jatuh cinta.
Kalau kau tak ada, dia tak bahagia mana.

Kau tahu itu,
Kau jelas.
Jadi dimana perlunya diciptakan alasan serupa itu?

Sungguh, aku tak faham.

.........................................................................................

p/s;

Aku cuma ada satu alasan break-up.
"Saya ada yang lain. Maaf."
Menyakitkan. Memang.
Tapi lebih baik, dia akan bencikan aku berbulan-bulan.
Dia keji aku depan kawan-kawan.
Lama-lama, dia lupakan.

Itu lebih baik dari biarkan dia fikirkan yang aku ini sebenarnya manusia baik yang terpaksa tinggalkan dia semata inginkan dia bahagia walhal sudah terang-terang aku sebenarnya tak lagi mahukan dia.

draft

Aku suka draft blog post di kertas, dengan pensil.


Gila kampung!

7 HAL

Lima hal yang buat hati aku berbunga-bunga minggu ni.
(Aku rasa apa Si Adnan cakap ada betulnya, dalam hati memang ada taman)

Satu

Dah dua minggu aku datang office semata untuk makan gaji buta. Haram. Aku tahu,tapi serius aku memang tak ada kerja. Bukan sengaja. Kadang-kadang, aku rasa macam office bayar aku gaji semata nak datang online. Heeeee......

Dua

Di office, aku dikelilingi manusia-manusia baik budi. Macam AVP department aku yang budiman.

AVP: Mana fail tadi?

Aku yang memang tengah seronok mengalahkan baru lepas makan biji popi meng-update blog ni terkulat2. Gelabah. Gila apa tak gelabah. Mata AVP aku tenung pc aku.

AVP: Oh! Takpe, I ambil sendiri.

Memang jawapan penuh budiman AVP handsome ni buat aku rasa seperti pemenang anugerah "The worst employee of the year". Tapi, hati aku tetap bunga-bunga. Haish! nak buat macam mana.

Tiga

Aku rasa macam angka kg aku mungkin dah turun, tapi mungkin jelah.

Empat

Semalam, jam 12.17 pagi.

"Saya tak boleh tidur, saya rindu"

lalalalala.....( ini hati aku yang bernyanyi..)
Tulip tumbuh merata dalam jantung aku.
Sebaris ayat tu buat jantung aku melaju sampai tengahari.
Meluat? Ah! Kau cemburu.

Lima

Tak ada.
Sebetulnya hanya empat. Aku salah kira.

Dan, dua hal buat aku sebal minggu ni.

Satu

Manusia-manusia yang sedang gigih memerahkan otak membuat spekulasi tentang aku yang pada fikiran aku hal2 berkenaan langsung tidak ada apa-apa kaitan dengan mereka. Seriously, kalian tak penat?

Dua

Gastrik buat aku rasa mahu libas kepala orang dengan raket lagak Lin Dan tiap kali diaju soalan penuh unsur-unsur kebodohan. Contohnya ; Kenapa pakai baju merah hari ni? Bukan hitam. Heh! Suka hati akulah.

Selasa, 23 November 2010

diam.

Terkadang diam aku bukan semata aku tertipu.
Cuma, nilai masa yang dipunya aku terlalu tinggi untuk dihabiskan demi perdebatkan semua unsur ragu yang wujud dalam tiap cerita reka yang kau bohong aku.

Sabtu, 20 November 2010

kepada siapa-siapa yang berkenaan,

I'm a very nice human being,

I don't cheat
I don't steal
I don't fight

If, by any chance, I get to know in advance about your craziness over the star, about how you really miss your time with the star, about " i cannot live without the star" syndrome that you have now, Seriously, if i knew everything earlier, I wont fucking bother to messed up with your cute pretty little star. I don't even bother to get involved with the star. I won't step in and interfere the small wonder world that you both enjoyed together.

The problem is, I don't know.
I don't realized it.
And I'm so sorry to be that stupid to touch something that used to be yours.
Because I thought, it is not yours, it's only USED to be yours.
I thought it will be just fine.
I never knew that it will be a problem between you and me.
I don't know that you will be so distracted by me.
But, I already touched.
I already did.
I'm sorry I did.

I cannot turn back time and return everything that you think supposed to be yours.  
And I'm sorry once again.
If you want to fight and win over the star,
Please do, I have no problem.
I have faith in it.
If the star thinks that you are a better star keeper, I will let go.
If the star thinks that I'm a better star keeper, why don't you let go.
Seriously, your craziness makes me sicked.

So, why don't you give me some break,
Give me some space.
Stop checking my facebook status,
Stop stalking my blog
Since it will only hurt you.

Please.
Get over it,man.
Have faith.
If it's meant for you,
Someday, it will return.
Till then, step aside.
Trust me, what you both have together is way differ from what i have now.

p/s : In case you are just worrying about the star's condition, please don't. I really take a good care of it. The last thing on earth i will do is torn the star into pieces..

macam nyamuk.

Kau macam nyamuk,serius.
Terang-terang aku tampar pun kau tak malu nak datang menggigit berkali-kali.
Sudahlah,

Grow up,okay.

Khamis, 18 November 2010

i have no idea.

Baru terperasan, aku cuma boleh menulis bila hati kecamuk. Idea melimpah2 macam air hujan bila rasa macam nak mengamuk.

Sekarang hati tengah berbunga-bunga, buka mata pandang kiri kanan aku nampak salji putih semata, sungguh! tak tipu. Pejam mata nampak bidadari jiwa.

Oh! bahagia.

Tapi tulisan dah jadi macam haram.
Contohnya macam sekarang.

huh!
Perduli hape aku!

Selasa, 16 November 2010

...

"Akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata dia. Usah kau deraikan airmata kamu itu, dik. bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.

lurutkan dada kamu dan kata:

aku sudah cuba."

~ Fynn Jamal






Ada apa dengan kulit kayu manis; ketagihan maha dahsyat.

Kebodohan aku untuk memahamkan ketagihan maha dahsyat mereka terhadap kulit kayu manis buat aku rasa seperti mahu berhijrah ke cina,berguru dengan tabib. Biar boleh dibelajar bagaimana mahu menghasilkan posyen-melawan-ketagihan kulit kayu manis.

Perlu sampai ke Cina?
Sangat!
Ketagihan mereka buat aku sebal.
Buat aku rasa mual.
Serius!

Ketagihan kulit kayu manis ini memang maha dahsyat sehinggakan kedalam menu pengat pisang untuk makan petang juga harus diletak kulit kayu manis.

Helo!
Pengat pisang tau, pengat pisang.

Sepertinya semua menu yang menerjah perut kosong mereka jadi tak enak, tak lengkap, tak mmph!, tanpa kulit kayu manis. Semuanya seperti ada kurang dimana-mana. Seperti mereka cuma menghidup untuk menjadi penggemar kulit kayu manis paling hardcore.

Se-hardcore penggemar Metallica yang gigih hayun kepala di konsert walau lagu didengar tak dapat difaham satu haram.

Sungguh,
Aku tak mampu nak fahamkan ketagihan serupa itu.
Mungkin kerana kecintaan aku pada makanan cuma yang biasa-biasa.
Belum cecah tahap dewa.

Oh! kulit kayu manis,
Kita harus bicara,
Aku teringin nak ceritakan tentang ketagihan mereka.
Kau mesti bangga.

Lupa,
Kita tak boleh jumpa. Aku allergik.
Nanti gatal-gatal.
Tapi,sungguh aku kagum.
Ikhlas, aku amat kagum.

p/s; kalau aku minta tolong ajarkan ilmu ketagihan tu, kau mahu?

Isnin, 15 November 2010

permintaan.


“Bacakan Al-Fatihah sebanyak 41 kali, disetiap kali sebelum subuh.
Nescaya, tuhan akan makbulkan permintaan kamu”

Raya,
2003,

Baris ayat ringkas tercatit di koyakan akhbar lama dalam gerobok ibu ini pernah bikin aku separuh gila dulu.

Fynn Jamal di Silverfish.



Bertentang mata buat kali pertama dengan Fynn Jamal buat semua bulu yang ada meremang.
Dia ada jiwa,serius!
"Sampai tua" buat aku jatuh cinta kali entah yang keberapa.




Aku curi ini dari blog Fynn.
Harap-harap dia tak perasan.
Kalau pun perasan,
harap2 dia tak saman.

Yang berselendang belang2 pink hitam itu aku ye,
sila faham.
heeeeeeeeeeeeeeeeee.


Ahad, 14 November 2010

mahu ajak berperang?

A'ah,
Ye,
Engkau.

Yelah,
Engkaulah.

Mahu ajak aku berpedang?
Mahu ajak aku bersenapang?
Mahu ajak aku berbom-meriam?

Tak usah,
Buang masa.

Kalau betul mahu,
Mintakan saja.
Aku bagi.

Cuma,
Pastikan mahu kamu itu yang sebetulnya mahu yang betul-betul.
Pastikan mahu kamu itu sebetul-betulnya dia.
Pastikan kamu sebetulnya mahu menjaga.

Kalau cuma mahu berperang semata untuk cari bukti,
Pedang siapa yang lebih tajam.
Senapang siapa yang lebih tepat larasan.
Bom-meriam siapa yang lebih kuat dentuman.

Sila jauh,
Berambus.
Jangan ganggu.

Hati dia bukan untuk disiat semata,
Biar aku jaga kalau kau tak ada masa.
Mengerti?

Jumaat, 12 November 2010

barang percuma, memang itu nasibnya.


Pernah kalian berjalan di toko beli belah penuh dengan manusia yang kebanyakannya bukan kenalan sendiri, jalan laju-laju dan sesekali diperlahankan langkah, apalagi bila melintas di hadapan butik alatan sukan dan mata menangkap Jersey Baru Manchester yang sudah berbulan diidam.Ok! aku bukan mahu ceritakan tentang kegilaan yang itu.

Sambung~

Kemudian didatangi perempuan cina dengan rambut merah panjang, berbaju polo putih, berseluar hitam. (...biasanya begitulah seragamnya)
Dihulurkan satu barang.
Kadang-kadang besar jelas.
Kadang-kadang kecil samar-samar.

Ada dua tindak balas biasa.

Satu,
Huluran ditolak mentah.
Ajaran ibu kuat melekat dalam otak kalian.
“Beware of stranger!”
Bagus! Mesti ibu kalian bertambah sayang.

Kedua,
Kalian sambut huluran,
Jalan terus,
Seraya berjalan,ditilik barangan ditangan.
Oh! Sampel produk.
Barang percuma.
Bila disedar barangan apa yang ada ditangan.
Tiga tindak balas biasa pula.

Satu,
Pakai, makan, minum.(...terpulang pada apa jenis barang)
Jika barangan itu memang barangan yang kalian hadap hari-hari.
Atau barangan yang popularitinya memang ditayang di kaca tv.
Perumpamaannya,
Coklat Cadbury.

Kedua,
Reaksi lagak kejam,
Kalian melangkah hingga terlihatkan tong hijau,
Kalian campak sahaja.
Tanpa fikir lama2.
Apa lagi kalau barangan yang dihulur entah apa jenama.

Ketiga,
Kalian simpan dalam bag sandang.
Kemudian lupakan.
Kemudian biarkan.

Biarkan.
Biarkan.
Biarkan.

Percuma punya barang.
Tak difikirkan sangat juga tak mengapa kan?
Manusia memang selalu abaikan perkara-perkara yang dimilik tanpa usaha.
Itukan perkara biasa dibuat manusia.
Perkara biasa.
Kalau barangan itu punya hati,
Pasti hatinya dah lama membisa.


~ Teringatkan Green Tea Yeo’s yang aku peroleh di stesen elarti university, dua bulan lepas.aku biar membasi dalam peti.~


Khamis, 11 November 2010

sungguh, ini yang paling aku tidak gemar.

Aku tak suka diaju soalan yang perlu aku balas dengan cakap bohong.
Sumpah tak suka.
Banyak dosa percuma aku dapat.
Tapi kalau tidak dibohong.
Kalau tak dilempar cerita reka.

Hati kau mengensut.
Hati kau luka.
Hati kau sakit.
Hati kau pedih.

Lukakan hati orang juga berdosa.
Sama saja.
Mungkin cuma gram dosanya yang beda.
Umpamanya, keluar dari mulut naga aku tercampak ke mulut buaya.
Sesuai ke?

Contohnya;

Tipah; “padan tak?”

Seraya menayang2 baju oren dengan selendang hijau pucuk pisang berbintik merah. Harus bagaimana aku membalas soalan yang cuma tiga sukukata itu bila Si Tipah sangat terkenal dengan sifat mudah berkecil hati yang maha kronik ini, yang mana dengan sekecil perkara yang aku buat juga mampu bikin Si Tipah membatu layak patung 10 hari.

Bagaimana?

Mahu berterus terang,
Gelakkan Si Tipah depan2, nanti aku hilang kawan.
Lalu terpaksa dibohongkan kenyataan.

Aku balas dengan nada paling perlahan: Padan.

Padan muka aku,
Dosa bertambah lagi.