Rabu, 16 Februari 2011

Lohong Hati.

Kalau juga tak mampu didapatkan hati kerana sudah diberi penuh pada sang naga,
Kalau diberi peluang mengisi lohong didada juga tak mengapa.




P/S ; Hatinya masih dijaga Sang Naga Merah Jingga.

Isnin, 14 Februari 2011

Hari kekasih, 2011.

Kalau kau pernah jatuh cinta maka tahulah kau bahawa cinta yang sebenarnya itu adalah seperti cacing kerawit yang datang tak diundang menyusup masuk tanpa kau sedari waktu kau sedang asyik bergelakketawa berlari lari berkaki ayam dalam taman saroja yang sedang kembang mekar di suatu dinihari musim bunga yang menyejukkan kalbu.

Apabila kau sedar apa yang telah berlaku ianya sudah terlambat: cacing kerawit bergelar cinta itu telahpun menanamkan dirinya dalam-dalam dalam benak ulu perut hatimu dan ia sudah merubah jantungmu menjadi sebuah ruang yang hanya muat elok-elok untuknya, sekaligus dari hari itu hanya boleh dipenuhi dengan sempurna oleh dirinya, tiada lain.


kepak patah
ruhayat x



P/S : Ini definisi jatuh cinta yang sebenar.

Jumaat, 11 Februari 2011

Untuk sekali.

Untuk sekali,
sekali saja aku minta.

Bebaskan aku dan dia.

Untuk sekali,
sekali saja aku pinta.

Jangan diratah sama waktu sedikit yang aku ada.

Untuk sekali,
sekali saja aku doa.

Semoga akan ada satu hari yang mana cuma ada kita.

Moga-moga.

Naga Merah Jingga.

Terimalah,
walau cuma jisimnya.

Hatinya masih dikayangan,
dijaga sang naga merah jingga.