Selasa, 30 November 2010

break-up

"Pergilah, saya tak mahu awak terseksa"
"Pergilah, saya tak cukup sempurna"
"Pergilah, saya mahu awak bahagia"

Sungguh, aku punya kepantangan maha tinggi dengan ayat-ayat break up yang pada aku sebenarnya datang dari golongan-golongan pengecut yang tak mahu mengakukan salah sendiri. Aku terkadang terfikir sendiri, dimana perlunya diputarbelitkan alasan kononnya apa yang kalian buat sebenarnya untuk kebaikan si dia.

Dia lagi terseksa kau tak ada
Kalau kau tak sempurna, dia tak jatuh cinta.
Kalau kau tak ada, dia tak bahagia mana.

Kau tahu itu,
Kau jelas.
Jadi dimana perlunya diciptakan alasan serupa itu?

Sungguh, aku tak faham.

.........................................................................................

p/s;

Aku cuma ada satu alasan break-up.
"Saya ada yang lain. Maaf."
Menyakitkan. Memang.
Tapi lebih baik, dia akan bencikan aku berbulan-bulan.
Dia keji aku depan kawan-kawan.
Lama-lama, dia lupakan.

Itu lebih baik dari biarkan dia fikirkan yang aku ini sebenarnya manusia baik yang terpaksa tinggalkan dia semata inginkan dia bahagia walhal sudah terang-terang aku sebenarnya tak lagi mahukan dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan